Konsep Berhutang Dalam Pelaburan Hartanah
![]() |
| Konsep Berhutang Dalam Pelaburan Hartanah |
Berhutang bagi mereka adalah satu perkara yang tidak baik dan boleh menyusahkan diri mereka.
Hakikatnya, jika kita belajar tentang pengurusan kewangan, pengurusan hutang dan Pelaburan Hartanah, sebenarnya terdapat 2 jenis hutang, iaitu:
1) Hutang jahat
2) Hutang baik
Hutang jahat adalah hutang yang akan membuatkan kita terbeban dari segi kewangan manakala hutang baik pula akan memberikan kita kuasa dalam pengurusan kewangan kerana ia membolehkan kita menambah pendapatan secara pasif.
Dalam Islam pula, berhutang adalah diharuskan. Berhutang bukanlah perkara yang diharamkan seperti riba atau mencuri.
Sudah pasti, membayar hutang itu wajib.
Saya yakin, tiada sesiapa pun mentor atau coach Pelaburan Hartanah yang mengajar untuk berhutang tetapi tidak membayar hutang tersebut.
Cuma bezanya, hutang yang kita ambil itu tidak dibayar menggunakan wang dari poket kita, tetapi menggunakan wang yang 'singgah' ke poket kita.
Pelaburan Hartanah adalah satu perkara yang amat menarik dan menyeronokkan.
Bila tidak tahu, kita tertanya-tanya, menganggapnya mustahil dan mungkin juga akan berfikiran negatif.
Bila sudah tahu, kita akan kata, "Oh mudah nya! Kenapa saya tak buat dari dulu lagi??"


2 comments :
sya sangat tertarik dengan property ini, boleh saya tau lokasi nya?
Property yang mana kah?
Post a Comment