Prosedur Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah & Mampu Milik

Berikut adalah prosedur yang perlu anda lalui untuk membuat permohonan bagi pembelian rumah kos rendah dan mampu milik di Johor Bahru.

1. Mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan.
2. Hantar borang permohonan tersebut ke Pejabat SUKJ (Cawangan Perumahan) atau Pejabat Johor Land.
3. Jika permohonan anda diterima, anda akan menerima surat tawaran daripada SUKJ.
4. Kemudian anda perlu menjelaskan bayaran deposit untuk pembelian rumah di Pejabat Johor Land dan menandatangani Proforma jual beli.
5.Seterusnya anda akan menandatangani surat perjanjian jual beli (SPJB) di Pejabat Peguam.
6. Selepas itu, anda perlu menguruskan sendiri permohonan untuk pinjaman daripada pihak bank yang anda pilih. Anda juga boleh membayar secara tunai jika mahu dan berkemampuan.
7. Setelah permohonan pinjaman daripada bank anda diluluskan, anda perlu menyerahkan salinan surat kelulusan pinjaman kepada Johor Land.
8. Seterusnya anda perlu membuat pembayaran kemajuan kerja kepada Johor Land.
9. Anda akan menerima pemilikan kosong semasa rumah telah siap 100%.
10. Anda perlu menjelaskan segala tuntutan atau pembayaran yang ada.
11. Terima kunci dan boleh mula menetap di rumah tersebut, yeay!

Prosedur di atas adalah gambaran langkah demi langkah yang amat ringkas.

Untuk menjawab persoalan-persoalan anda berkenaan prosedur permohonan ini, sila hubungi Johor Land Berhad di:

Johor Land Berhad
Jabatan Pemasaran & Jualan
Bahagian Johor Bahru
No 1 Medan Aliff Harmoni 1/1
Taman Damansara Aliff
81200 Johor Bahru
07-2362692

Dalam artikel seterusnya, kami akan berkongsikan kategori-kategori rumah yang boleh anda beli mengikut skala pendapatan anda.

1 comments :

Syarat-syarat Permohonan Rumah Kos Rendah & Mampu Milik

Berikut dinyatakan syarat-syarat asas untuk memohon untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah di Johor Bahru:
  1. Warganegara Malaysia dan memiliki kad pengenalan Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bujang boleh memohon
  4. Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di Malaysia
  5. Satu permohonan bagi pasangan suami/isteri kecuali lain-lain isteri (isteri kedua dan seterusnya)
Demikian syarat-syarat asas yang membolehkan seseorang itu membuat permohonan. 

Jika anda memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh ke pejabat Johor Land Berhad yang terletak di Damansara Aliff, Johor Bahru untuk mendapatkan borang permohonan.

Alamatnya adalah:

Johor Land Berhad
Jabatan Pemasaran & Jualan
Bahagian Johor Bahru
No 1 Medan Aliff Harmoni 1/1
Taman Damansara Aliff
81200 Johor Bahru
07-2362692

Dalam artikel seterusnya, kami akan tunjukkan kepada anda prosedur permohonan pembelian Rumah Kos Rendah dan Mampu Milik, langkah demi langkah.

Klik link ini: http://www.rumahjohorbahru.com/2013/10/prosedur-permohonan-pembelian-rumah-kos.html

0 comments :

Rumah Kos Rendah & Mampu Milik Di Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada masa kini, semua orang sibuk mengatakan yang harga rumah terlalu mahal sehingga sukar untuk dibeli.

Rata-rata rumah yang dijual oleh pihak pemaju berharga minimum RM300k dan ke atas membuatkan ramai yang tidak dapat membelinya.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa, Kerajaan Johor dan Johor Corporation (Johor Corp) mempunyai insiatif yang amat baik dalam membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya bumiputera untuk memiliki rumah.

Johor Land Berhad yang merupakan anak syarikat Johor Corp adalah salah satu pemaju perumahan yang menerajui pembangunan projek perumahan kediaman kos rendah dan mampu milik di negeri Johor.

Objektifnya adalah untuk menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik di kawasan bandar dan dalam masa yang sama meningkatkan pemilikan bumiputera.

Banyak lokasi strategik yang dipilih untuk dijadikan tempat pembangunan Rumah Kos Rendah & Rumah Mampu milik di sekitar Johor Bahru seperti di Taman Seroja, Tampoi, Bandar Dato' Onn, Larkin Central Park, Bandar Tiram dan Bandar Baru Majidee.

Harga yang ditawarkan pula amat murah sekitar RM50k-RM150k sahaja. Paling mahal pun mungkin adalah RM200k untuk kedai kos sederhana.

Sehingga Julai 2013, jumlah kos rendah dan kos sederhana rendah yang telah dibina oleh Johor Corp melalui Johor Land Berhad di sekitar Johor Bahru adalah berjumlah 11,162 unit.

Ini adalah peluang yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk memiliki rumah.

Kami di Rumah Johor Bahru, komited untuk menyalurkan informasi-informasi yang dapat membantu rakyat Johor untuk memiliki rumah atau pun menyewa rumah.

Dalam artikel seterusnya, kami akan berkongsikan dengan anda proses permohonan Rumah Kos Rendah dan Mampu Milik di negeri Johor serta syarat-syaratnya.

Klik link ini: http://www.rumahjohorbahru.com/2013/10/syarat-syarat-permohonan-rumah-kos_30.html

7 comments :

Kesan Bajet 2014, Harga Rumah Naik Atau Turun?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Antara perkara menarik yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia pada masa kini adalah berkenaan isi Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Saya rasa terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan dan komen secara ringkas berkenaan isi Bajet 2014 kali ini di sini.

Kebiasaannya, apabila Perdana Menteri mengumumkan Bajet tahunan, apa yang ditunggu adalah berkenaan bonus yang akan diperolehi terutamanya di kalangan para penjawat awam.

Penutup pembentangan Bajet selalunya disambut dengan kegembiraan kerana rata-ratanya rakyat Malaysia akan mendapat manfaatnya tak kiralah dari segi bonus yang diberikan ataupun rancangan penambahbaikan ekonomi bagi sektor-sektor tertentu.

Namun buat julung-julung kalinya, Bajet 2014 mendapat reaksi kurang enak di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di media sosial seperti di Facebook.

Antara isu yang dibincangkan secara hangat di Facebook adalah berkenaan pengenalan GST (Goods and Services Tax) sebanyak 6% yang akan bermula pada 1 April 2015 dan satu lagi berkenaan RPGT (Real Property Gans Tax) yang akan memberi kesan besar pada penjualan rumah dalam tempoh 5 tahun selepas pembelian.


Selain itu, dalam Bajet 2014 juga menyatakan, warga asing yang ingin membeli hartanah di Malaysia hanya boleh membeli hartanah yang bernilai RM1 juta ke atas sahaja berbanding RM500k sebelum ini.

Tak kurang juga reaksi orang ramai berikutan tindakan kerajaan menarik subsidi gula sebagai tujuan mengajar rakyat agar mengurangkan pengambilan gula dalam penggunaan makanan seharian.

Dalam artikel ini, saya ingin memfokuskan berkenaan isu harga rumah di Malaysia, sama ada akan terus naik atau turun disebabkan pengenalan GST dan RPGT ini serta isu warga asing hanya boleh membeli rumah berharga minimum RM1 juta dan apa kesannya apabila subsidi gula ditarik.

Pertama sekali, GST adalah satu cukai yang akan dikenakan kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada pembayar cukai mahupun tidak.

Walaupun ahli politik mendakwa yang jumlah GST 6% adalah antara yang terendah di peringkat negara-negara ASEAN, hakikatnya, ia tetap adalah sesuatu yang akan membebankan terutamanya kepada kelompok rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Apabila GST ini diperkenalkan, semua kos akan naik kerana semua orang di setiap lapisan perlu membayar cukai ini. Dan begitulah kita dapat melihat harga rumah akan naik lebih tinggi kerana di setiap bahagian pembinaan rumah, kosnya akan naik.

Kedua berkenaan RPGT. RPGT ini memberi tamparan yang amat kuat kepada para pelabur hartanah yang menggunakan teknik flipping iaitu beli pada harga murah dan jual semula apabila harganya naik. RPGT akan menyedut keuntungan yang boleh dibuat oleh para pelabur hartanah yang bergantung kepada teknik flip dalam tempoh 5 tahun selepas dibeli.


Ada yang mendakwa bahawa, RPGT ini akan membuatkan harga rumah turun kerana aktiviti flipping dan spekulasi harga rumah akan berkurangan untuk mengelakkan kerugian dari proses jual beli rumah, malah permintaan terhadap pembelian rumah juga berkurangan. 

Namun, hakikatnya, harga hartanah akan terus naik kerana permintaan terhadap rumah meningkat setiap 5 tahun. Malah harganya akan naik lebih tinggi untuk menampung kerugian penjual daripada RPGT yang dikenakan. 

Dari situlah RPGT yang tinggi ini akan membuatkan harga rumah akan terus naik dan tidak mampu dibeli oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang masih belum memiliki rumah.

Ketiga adalah berkenaan syarat warga asing yang hanya boleh membeli harga rumah bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta. Adakah perkara ini satu yang baik kepada negara Malaysia?

Sesetengah orang berpendapat bahawa langkah ini adalah baik kerana ianya akan menghalang warga asing terutamanya rakyat Singapura daripada terus-terusan membeli rumah dan hartanah di Malaysia sehingga tiada lagi tinggal buat rakyat Malaysia.

Pada pandangan saya, langkah ini akan lebih menyakitkan rakyat, kerana disebabkan harga minimum yang boleh dibeli oleh warga asing adalah minimum RM1 juta, para pemaju akan membina lebih banyak rumah berskala tinggi yang berharga RM1 juta dan ke atas supaya ianya akan dapat dibeli oleh warga asing (dan pastinya para pemaju dapat membuat keuntungan dari situ).

Apabila projek-projek perumahan baru telah pun bernilai RM1 juta ke atas, ia akan memberi tekanan kepada harga rumah-rumah subsale (second hand) untuk ikut sama naik.

Ialah, kalau harga rumah projek baru di sesuatu kawasan berharga RM1 juta, tak kan rumah subsale di kawasan yang sama hanya dijual pada harga RM200k-RM300k? Sudah pasti harga rumah subsale juga akan naik sama dan harga-harga ini tidak akan dapat dijangkau oleh rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Keempat, subsidi gula, iaitu barang keperluan asas rakyat ditarik dengan alasan untuk 'membantu' rakyat mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan kes penyakit Diabetes yang semakin meruncit di Malaysia.

Dari satu sudut, ia tetap langkah yang prihatin dari pihak kerajaan Malaysia apabila berhajat untuk menangani masalah penyakit Diabetes di Malaysia.

Datuk Seri Najib mengatakan kita perlu melakukan perkara yang betul dan terus bercakap yang betul demi kepentingan rakyat. Sudah pasti, matlamat mengawal penyakit Diabetes itu amat murni, namun itu bukan soal yang ingin dikritik di sini.

Tapi apabila subsidi gula ini ditarik dan membuatkan rakyat perlu membayar lebih untuk keperluan harian mereka dan membuatkan kos sara hidup meningkat secara luar biasa.

Sekali lagi, apabila kos sara hidup rakyat meningkat, kemampuan untuk membeli, menyimpan dan melabur berkurangan. Tekanan yang dihadapi ini akan menjadi makanan harian rakyat Malaysia di seluruh negara samada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Jika kos sara hidup meningkat sedemikian rupa, adakah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mampu membeli rumah walaupun jika harganya turun dan menjadi lebih murah? Sudah pasti masih belum tentu.

Saya ingin menambah point ke lima, iaitu dalam Bajet 2014 juga, DIBS (Developer Interest Bearing Scheme), iaitu satu skim di mana pihak pemaju akan menanggung segala kos interest pinjaman perumahan yang dibuat oleh pembeli sepanjang tempoh pembinaan rumah sehinggalah pembeli mendapat kunci rumah mereka.

DIBS ini biasanya dipakejkan dengan diskaun harga rumah 10%-15% yang diberikan oleh pihak pemaju yang membolehkan pembeli membeli rumah tanpa perlu mengeluarkan wang pendahuluan 10% dan kemudiannya tidak perlu membayar interest pinjaman bulanan kepada bank selagi rumah belum siap.

Pakej diskaun dan DIBS daripada pemaju ini membuatkan orang boleh membeli rumah dengan amat mudah walaupun ibaratnya mereka tiada duit dalam akaun simpanan.

Dari satu sudut, DIBS ini bagus kerana ia membolehkan rakyat Malaysia tidak perlu membayar interest pinjaman perumahan kepada bank selagi rumah belum siap dan menjamin pihak pemaju akan menyiapkan projek pembinaan rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Namun dari sudut lainnya, rakyat Malaysia yang rata-ratanya masih lemah dari segi pengurusan kewangan peribadi membuatkan DIBS satu jerat yang akan memakan diri sendiri apabila rumah yang dibeli itu siap.
Langkah kerajaan memansuhkan DIBS melalui Bajet 2014 ada sisi baik dan buruknya. 

Baik kerana ianya akan mengurangkan kecenderungan pembelian rumah dan mengurangkan tekanan kenaikan harga rumah yang mendadak, selain membantu mengelakkan rakyat Malaysia daripada terjebak dengan hutang pinjaman perumahan yang akan menjerut leher mereka sehingga ke tua.

Sisi buruknya pemansuhan DIBS adalah, ianya akan mengurangkan fasiliti serta peluang rakyat Malaysia untuk membeli rumah walaupun mereka adalah calon yang layak dan berkemampuan, serta komited untuk membeli rumah dan membayar pinjaman perumahan dengan baik.

Secara kesimpulannya, daripada hujah-hujah di atas, harga rumah di Malaysia akan terus naik dan dalam masa yang sama, rakyat akan tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan membuatkan impian membeli rumah menjadi lebih samar untuk beberapa tahun ke hadapan.

Akhir kata, Bajet 2014 kali ini bukanlah satu khabar gembira buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Memang benar langkah yang ampuh perlu diambil segera untuk memperbetulkan kembali ekonomi negara Malaysia yang dilihat kurang bermaya.

Namun persoalannya, kenapa Malaysia perlu jadi sehingga seperti ini..?

Artikel menarik ini dipetik dengan izin dari Nizam Malek Blog: http://www.nizammalek.com/2013/10/kesan-bajet-2014-harga-rumah-naik-atau.html

2 comments :

Bagaimana Keluarkan Duit KWSP Untuk Beli Rumah?

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP anda untuk tujuan membeli rumah.

Pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP ini adalah amat mudah dan anda hanya perlu membawa beberapa dokumen ke kaunter KWSP berdekatan.

Dokumen yang diperlukan adalah:
  • Surat perjanjian jual beli rumah
  • Surat kelulusan pinjaman bank
  • Kad pengenalan dan juga salinannya
  • Buku akaun bank atau slip pengesahan akaun bank simpanan anda
  • Borang 9C

Borang 9C boleh didapati melalui online di laman web KWSP. Namun anda juga boleh mendapatkannya di kaunter KWSP secara percuma.

Apabila semuanya sudah lengkap, pihak KWSP akan memproses permohonan anda dan dijangka dalam tempoh 15 hari, duit akan ditransfer masuk ke dalam akaun bank simpanan anda untuk membolehkan anda menggunakannya untuk tujuan pembelian rumah tersebut.

Untuk pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP bagi tujuan pembelian rumah, anda hanya boleh mengeluarkan sejumlah 20% daripada jumlah harga rumah yang ingin dibeli. 

Bermakna, jika rumah yang anda hendak beli berharga RM200k, anda cuma boleh mengeluarkan maksimum 20% daripada RM200k, tidak lebih daripada itu.

Tiada masalah untuk membeli rumah pertama menggunakan wang daripada KWSP. Tapi untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh membeli rumah kedua dan seterusnya jika anda membeli rumah pertama menggunakan duit KWSP.

Jika anda ingin membeli rumah kedua, anda perlu menjual atau menukar nama rumah pertama yang anda beli tersebut, kemudian barulah anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 KWSP tersebut.

Bermaksud, dengan kata lain, anda hanya boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 KWSP untuk satu rumah saja untuk satu-satu masa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat KWSP melalui no ini 0389226000. InsyaAllah sebarang persoalan anda akan dijawab dengan baik.

Selamat berjaya! 



0 comments :

5 Tips Mencari Rumah Sewa

5 tips untuk menyewa:

1. Sila hubungi tuan rumah untuk mendapatkan details rumah seperti alamat, jenis rumah, harga sewa, deposit, dan sebagainya.

2. Mesti, mesti, mesti pergi lihat rumah dulu. Bawa kawan satu atau dua orang untuk tujuan keselamatan dan agar dapat pandangan daripada mereka sama ada sesuai atau tidak menyewa di situ.

3. Jangan, jangan, jangan buat apa-apa bayaran kepada tuan rumah selagi anda belum melihat rumah dan membuat apa-apa persetujuan.

4. Pastikan ada tenancy agreement agar anda tahu apa hak anda sebagai penyewa dan tempoh berapa lama anda akan menyewa.

5. Pastikan harga yang ditawarkan untuk sewa menepati bajet anda.

Klik LIKE dan SHARE jika bermanfaat.

Kredit kepada Page Cari Rumah Sewa Johor Bahru (https://www.facebook.com/CariRumahSewaJohorBahru)

0 comments :

Rumah Teres 2 Tingkat di Taman Scientex, Pasir Gudang Untuk Dijual!

Rumah Untuk Dijual

Lokasi: Jalan Merak 1, Taman Scientex, Pasir Gudang
Jenis rumah: Teres 2 tingkat, freehold internation lot
Bilik: 3 bilik 3 bilik air
Price: RM165k negotiable
Gambar rumah




Selling point:
  • Lokasi rumah ini sangat strategik dan amat sesuai dijadikan sebagai kediaman untuk keluarga.
  • Kawasan kejiranan yang baik
  • Rumah dalam keadaan yang amat baik.
  • Sesuai bagi mereka yang berkeluarga dan bekerja di Pasir Gudang

Hubungi sekarang:
Dapatkan keterangan lanjut berkenaan cara-cara untuk membeli rumah ini dengan menghubungi En Ahmad (call/sms/whatsapp) di 013-7468659 sekiranya anda serius berminat untuk membeli rumah ini. Semua urusan pembelian akan dibantu. 

Promosi diskaun:
Diskaun special akan diberikan jika anda serius berminat. Khas hanya untuk pelawat RumahJohorBahru.com sahaja. Limited time offer. Bila-bila masa tawaran diskaun ini boleh ditarik semula. Bertindak sekarang jika betul-betul berminat.

P/S: Jangan terlepas peluang untuk memiliki rumah idaman anda (landed) pada harga yang sangat murah ini!
P/S/S: Seriously wanted house, siapa cepat dia dapat!

0 comments :

Berapa Kadar Rumah Sewa Di Johor Bahru?


Salah satu soalan yang diterima di ruangan mesej page Cari Rumah Sewa Johor Bahru.

"Salam minta tolong admin saya ingin menyewa rumah range harga 300-500 ada tak?? kenapa susah sangat nak dapat ye dgn harga ni?

Rata-rata saya tegok range hrga 800 ke 1k lebih.. teruk benar saya tengok harga sewa kat jb ni mengalahkan kl pulak pelik betul..tertekan hidup sebagai macai.." -SN

Jawapan : Salam, biasanya range harga RM300-500 ni untuk rate sewa flat kos rendah atau sederhana rendah. Kalau range sewa RM800-1600 ni biasanya serviced apartment atau kondo.

Yup harga kat JB dah naik sikit sebab JB dekat dengan Singapore dan Projek Wilayah Iskandar dah mula naik.

InsyaAllah kalau ada rumah yang nak disewakan, kami akan postkan di wall page ini. Sekarang kami sedang berusaha untuk mencari tuan rumah yang nak sewakan rumah.

Anda boleh bantu kami dengan sharekan link page ini di wall facebook anda. Bila lebih ramai yang tahu page ni, InsyaAllah akan lebih mudah untuk cari rumah sewa di Johor Bahru.

Link page: https://www.facebook.com/CariRumahSewaJohorBahru

0 comments :

'Asset Bubble' Tidak Landa Malaysia

Hari ini, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan mengalami keadaan 'Asset Bubble' seperti yang diramal oleh Penganalisis Kewangan, Jesse Colombo dalam Majalah Forbes baru-baru ini.

Dr Zeti berkata, Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi memastikan kestabilan kewangan Malaysia dengan mengelak daripada berlakunya risiko hutang yang terlalu tinggi.

Berbanding tahun 1997/1998 yang lalu, keadaan ekonomi Malaysia kini lebih meyakinkan kerana berada dalam fasa pertumbuhan yang stabil.

Permintaan domestik yang tinggi dilihat sebagai faktor utama yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dapat mengelakkan daripada terkesan jika ekonomi negara China merudum serta kemungkinan kenaikan kaedah global yang pernah berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu.


Persoalannya, sama ada Asset Bubble atau tidak, apakah kesannya terhadap para pelabur hartanah?

0 comments :

Hukum Membeli Rumah Yang Dilelong Oleh Bank

Hartanah lelong merupakan satu niche dalam dunia Pelaburan Hartanah yang sangat menguntungkan kerana melalui lelong, kita dapat membeli sesuatu hartanah pada harga yang sangat murah dan juga pada 30-40% di bawah harga pasaran.

Walaubagaimanapun, apakah hukumnya membeli hartanah lelong? Adakah Islam membenarkan, mengharuskan atau melarangnya?

Mari sama-sama tontong video di bawah berkenaan hukum membeli rumah yang dilelong oleh pihak bank yang telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus.



Semoga kita jelas dengan hukum membeli rumah lelong dan melakukan Pelaburan Hartanah yang selari dengan kehendak dan batas yang berpandukan ajaran Islam yang sebenar malah mendapat keberkatan daripada urusan jual beli hartanah yang dilakukan. InsyaAllah, Wallahua'lam.

0 comments :

Rumah Teres 2 Tingkat Fully Renovated di Taman Sri Orkid, Skudai Untuk Dijual!

Rumah Untuk Dijual

Lokasi: No 26, Jalan Sri Orkid 48, Skudai, Johor
Jenis rumah: Teres 2 tingkat, fully renovated, superb design in and out
Keluasan: 22x65 sq. ft.
Booking fee: 2%
S&P deposit: 10%
Price: RM280k negotiable
Gambar rumah





 


Selling point:
  • Lokasi rumah ini sangat strategik dan amat sesuai dijadikan sebagai kediaman untuk keluarga.
  • Kawasan halaman yang lapang dan selesa.
  • Amat berbaloi jika dibeli pada harga RM280k sahaja kerana sudah siap renovation dalam dan luar.
  • Keluarga dan kawan-kawan anda pasti kagum jika anda berjaya membeli rumah ini.
  • Lupakan rumah-rumah baru (serviced apartment/kondo) yang berharga RM400k ke atas dan hanya akan siap 2-3 tahun lagi.

Hubungi sekarang:
Dapatkan keterangan lanjut berkenaan cara-cara untuk membeli rumah ini dengan menghubungi En Ahmad (call/sms/whatsapp) di 013-7468659 sekiranya anda serius berminat untuk membeli rumah ini. Semua urusan pembelian akan dibantu. 

Promosi diskaun:
Diskaun special akan diberikan jika anda serius berminat. Khas hanya untuk pelawat RumahJohorBahru.com sahaja. Limited time offer. Bila-bila masa tawaran diskaun ini boleh ditarik semula. Bertindak sekarang jika betul-betul berminat.

P/S: Jangan terlepas peluang untuk memiliki rumah idaman anda (landed) pada harga yang sangat murah ini!
P/S/S: Seriously wanted house, siapa cepat dia dapat!

1 comments :

Bagaimana Mendapatkan Informasi Berkenaan Hartanah Lelong?

Hartanah lelong adalah salah satu cabang dalam industri Pelaburan hartanah. Antara kelebihan menceburi bidang hartanah lelong ini adalah, anda berpeluang untuk membeli sesuatu hartanah di bawah harga pasaran!

Contohnya, jika sebuah rumah berharga RM200k, melalui lelong, anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM150k. Bermakna dengan membeli rumah lelong sahaja, anda telah untung RM50k di atas kertas!

Banyak persepsi negatif yang dilontarkan berkenaan rumah lelong, hakikatnya, jika anda tahu bagaimana untuk mendapatkan rumah lelong yang baik, jumlah penjimatan yang anda akan nikmati adalah amat besar.

Tapi, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana caranya untuk mendapatkan senarai rumah yang hendak dilelong?

Antara sumber yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan senarai rumah lelong adalah:
  1. Surat khabar. Buka halaman pengiklanan di akhbar The Star, anda akan dapati terdapat ruangan yang memaparkan pengishtiharan rumah lelong. Di situ terdapat semua informasi yang anda perlukan untuk membida rumah lelong tersebut.
  2. Syarikat pelelong. Dapatkan terus senarai rumah yang hendak dilelong melalui syarikat-syarikat pelelong berdekatan dengan kawasan anda. Kebiasaannya sesi lelongan dilakukan sekali sebulan.
  3. Melalui Internet. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa laman web yang mengumpulkan senarai rumah-rumah yang hendak dilelong dalam satu database. Antaranya adalah AuctionData.com.my dan AuctionCable.com. Senarai rumah lelong ini sentiasa di kemaskini dan tepat. Kebiasaannya, senarai rumah lelong di lawan web ini boleh di akses setelah membeli akaun berbayar mereka. Kosnya kebiasaannya RM250-365 setahun. 
Jika anda serius untuk mendapatkan lokasi hartanah dan harga yang sesuai dengan bajet anda, melanggan database di laman web seperti AuctionData.com.my atau AuctionCable.com adalah amat berbaloi.

Namun, jika harganya satu masalah, di sini, RumahJohorBahru.com ingin mengambil inisiatif untuk mengumpulkan anda-anda yang berminat untuk melanggan akaun laman web tersebut dan berkongsikan harganya bersama-sama.

Contohnya, jika ada 5 orang berminat untuk mendapatkan akses setahun akaun berharga RM250, seorang akan cuma perlu bayar RM50 sahaja kepada admin RumahJohorBahru.com dan 5 orang tersebut akan mendapat maklumat untuk akses ke akaun tersebut.

Sila hubungi admin di [email protected] sebelum 30 Oktober 2013 untuk keterangan lanjut jika anda serius berminat. 

Terima kasih. =)

0 comments :

Rowsley Dedah Projek Vantage Bay!

Wilayah Iskandar Malaysia di Johor Bahru akan menjadi satu kawasan yang paling pesat membangun apabila Rowsley Singapura yang dimiliki oleh Jutawan Peter Lim mendedahkan projek Vantage Bay yang jaraknya hanya 1km dari kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ).

Antara perancangan yang didedahkan Rowsley Singapura berkenaan Projek Vantage Bay yang melibatkan pelaburan bernilai RM5.5billion ini adalah:
  • pembinaan sebuah menara berkembar yang akan menjadi kondominium tertinggi di Malaysia dengan pemandangan menarik Selat Tebrau di antara Johor Bahru dan Singapura.
  • pembinaan pusat membeli-belah yang amat besar iaitu VivoCity Singapura dengan kawasan bersih boleh disewa sejuta kaki persegi, hotel dan juga blok pejabat.
  • satu bonus lagi, Vantage Bay akan dihubungkan dengan pusat perubatan yang dikenali sebagai Hospital Perubatan Thompson yang akan termasuk ruang rawatan perubatan dan apartment dalam sebuah bangunan yang sama.

Menurut Ketua Eksekutif Vantage Bay dan Ketua Pengarah Rowsley, Ho Khiam Kheong, unit-unit kediaman akan dilancarkan pada tahun hadapan (2014) dan dijangka siap keseluruhannya dalam tempoh 10 tahun.

"Ia tidak akan menjadi satu pengalaman yang lancar dan bandar benar-benar bersepadu." katanya.

Projek merangkap gaya hidup sihat akan dapat bersaing dengan projek-projek lain di Nusajaya. Banyak pembangunan sedang dilakukan untuk memastikan perancangan untuk masa hadapan ini berjalan lancar dan mencapai sasarannya.

0 comments :

Malaysia-Singapore Rapid Transit System (RTS) di Johor Bahru

Antara projek terbesar yang akan berlaku di bandaraya Johor Bahru dalam masa terdekat adalah pembinaan Malaysia-Singapore Rapid Transit System (RTS). RTS ini merupakan satu sistem komuter atau LRT yang akan menghubungkan Singapura dengan Johor Bahru.

Dikhabarkan, terdapat sekurang-kurangnya 2 stesen perhentian RTS yang akan dibina di Johor Bahru iaitu di City Square dan satu lagi di kawasan Danga Bay.

Wilayah Iskandar
Projek RTS ini sudah pasti akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan paling selatan Johor Bahru tersebut dan oleh sebab itu banyak syarikat pemaju hartanah sedang berlumba-lumba untuk melabur dengan membina serviced apartment dan condo di kawasan tersebut kerana dijangkakan permintaan terhadap kediaman di situ akan meningkat dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.

Jika tiada masalah berlaku, RTS ini akan siap paling awal pada tahun 2018 atau 2020.

0 comments :

Page Cari Rumah Sewa Johor Bahru di Facebook!

https://www.facebook.com/CariRumahSewaJohorBahru
Proses untuk mencari rumah sewa atau penyewa memang kadang-kala menyulitkan.

Tuan rumah tidak tahu di mana nak cari penyewa yang amat memerlukan rumah sewa dan orang yang nak menyewa pula tidak tahu rumah mana yang mahu disewakan.

Atas sebab tersebut, RumahJohorBahru.com telah melakukan inisiatif untuk membuat satu page khas di Facebook di mana sesiapa yang mempunyai rumah di sekitar Johor Bahru dapat mengiklankan kekosongan rumah mereka dan sesiapa yang mahu mencari rumah sewa di sekitar Johor Bahru dapat mengiklankan lokasi yang mereka mahukan.

Semua iklan adalah percuma dan boleh dilakukan oleh anda sendiri dengan mudah. Semoga kewujudan page ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi berkenaan pencarian penyewa dan juga rumah sewa di Johor Bahru.

Lawati, LIKE dan SHARE page Cari Rumah Sewa Johor Bahru melalui link ini https://www.facebook.com/CariRumahSewaJohorBahru

2 comments :

Apa itu Leasehold? Apa itu Freehold?

Dalam proses pembelian rumah, salah satu ciri-ciri yang diteliti adalah jenis tempoh pegangan terhadap rumah tersebut.

Terma yang biasa disebut adalah tenure yang secara asasnya bermaksud tempoh. Jadi bila orang bertanya tenure nya apa? Jawapanya sama ada Leasehold ataupun Freehold.

Leasehold bermaksud tempoh pegangan selama 99 tahun sahaja daripada tarikh ianya dibina.

Bermakna, selepas tempoh 99 tahun, pihak kerajaan mempunyai hak untuk mengambil rumah dan tanah tersebut dan tuan rumah berkemungkinan mendapat sedikit pampasan daripada pihak kerajaan. Pampasan tersebut biasanya pada harga yang sangat murah.

Freehold pula bermaksud tempoh pegangan hartanah tersebut adalah bebas selama-lamanya.

Bermakna, apabila anda membeli sebuah rumah jenis freehold, anda berpeluang untuk menjadikannya milik anda untuk selama-lamanya dan jika anda sudah tiada lagi satu hari nanti, rumah tersebut boleh diserahkan kepada waris anda.

Oleh sebab itu, kebiasaannya orang bukan bumiputera, terutamanya orang Cina tidak berminat terhadap rumah jenis Leasehold dan lebih fokus membeli rumah yang menawarkan pegangan bebas (freehold).

0 comments :