MyHome, Subsidi RM30k Untuk Pembelian Rumah Pertama!

Untuk pengetahuan anda, bermula 1 April 2014, pihak kerajaan akan memberikan subsidi sehingga RM30,000 untuk pembelian rumah kos rendah pertama khusus buat individu yang berpendapatan RM3000 ke bawah.

Terdapat beberapa syarat yang digariskan untuk skim MyHome ini, antaranya;
  • merupakan pembelian rumah yang pertama
  • tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun

Pihak pemaju yang berminat untuk membina rumah di bawah skim ini juga perlu membuat permohonan kepada pihak kerajaan.
Gambar hiasan
Selain itu, subsidi RM30,000 itu bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim MyHome ini, nantikan artikel-artikel seterusnya di RumahJohorBahru.com

1 comments :

Rumah Anda Bukan Satu Aset


Bermula tahun 2010, kesedaran untuk membeli rumah di kalangan golongan muda meningkat dengan mendadak. 

Salah satu sebabnya adalah faktor kata masyarakat sekeliling.

Sesiapa yang tidak membeli dan memiliki rumah, dianggap sebagai seorang loser.

Lantaran tidak mahu dianggap sebagai seorang yang kalah dalam hidup, golongan muda berlumba-lumba membeli rumah yang mahal dan besar.

Jika pihak bank memberi kelayakan untuk membuat pinjaman rumah, mereka akan ambil dan beli rumah idaman mereka yang cantik.

Ia ibarat satu kepuasan.

Kepuasan yang sampai masanya membuatkan dahi mereka berkerut sepanjang masa, setiap bulan, bertahun-tahun lamanya.

Apabila berbicara, mereka akan berkata, pembelian rumah itu walaupun sukar dan agak membebankan, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi.

Rumah yang dibeli itu adalah satu aset yang paling berharga untuk masa hadapan.

Itulah yang berada dalam minda majoriti golongan muda yang membeli rumah.

Hakikatnya, minda mereka berada dalam situasi informasi yang salah.

Rumah yang mereka beli itu bukanlah sebuah aset, tapi liabiliti.

0 comments :

Cara Pilih Unit Untuk Buat Rumah Sewa

Anda ingin tahu bagaimana caranya untuk memilih untuk
bagi tujuan menjadikannya sebagai rumah sewa?

Tuan Nizam Malek berkongsi beberapa tips yang menarik untuk
menjadikan rumah sewa anda suka disukai oleh para penyewa.

Tonton video di bawah:

0 comments :

Beli Rumah Menggunakan Leverage

Ramai orang tak berani beli rumah kerana harganya terlalu mahal.

Tapi pasti ada caranya bagaimana untuk membeli rumah.

Ingin tahu?

Tuan Nizam Malek berkongsi cara untuk membeli rumah dalam video di bawah.

0 comments :