Pelaburan Hartanah Dalam CashFlow Quadrant

Sesiapa yang belajar tentang Pelaburan Hartanah pasti tidak akan asing dengan nama icon Pelaburan Hartanah antarabangsa, Robert T. Kiyosaki yang popular dengan siri buku best seller Rich Dad Poor Dad.

Pendekatan dan konsep Pelaburan Hartanah yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki ini sangat menarik dan menjadi asas kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya.

Antara perkara yang diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki adalah CashFlow Quadrant.



Terdapat 4 quadrant yang boleh menghasilkan pendapatan iaitu E (Employed), S (Self Employed), B (Big Business) dan I (Investor).

Kebanyakan kita bermula di quadrant E, iaitu kita bekerja dengan orang lain dan menerima pendapatan atau gaji hasil daripada kerja yang kita buat itu. Kalau kita berhenti bekerja, bermakna tiadalah pendapatan untuk kita.

Quadrant ke dua adalah quadrant S, iaitu kita mempunyai sebuah perniagaan yang dikendalikan oleh kita sepenuhnya. Orang yang berada di quadrant S ini berpeluang mendapat pendapatan yang lebih banyak berbanding mereka yang berada di quadrant E.

Apabila orang yang berada di quadrant S bertindak membentuk sistem kerja atau SOP yang boleh dicopy dan paste oleh orang lain, mereka akan bergerak dari quadrant S ke quadrant B sebagai seorang pemilik perniagaan. Orang yang berada di quadrant E ini lebih berkuasa dan bebas kerana mereka mempunyai para pekerja yang bekerja untuk mereka.

Tapi quadrant ke empat atau quadrant I adalah lebih menarik kerana orang yang merupakan seorang Investor atau Pelabur ini mempunyai wang yang bekerja keras untuknya. Orang yang berada dalam quadrant I ini lebih cenderung untuk mencapai status bebas kewangan kerana mereka tidak perlu bekerja, tapi mereka menjana wang yang banyak secara berterusan. Antara bentuk pelaburan yang boleh dibuat di quadrant I adalah Pelaburan Hartanah.

Disebabkan Pelaburan Hartanah berada di quadrant ke 4, maka tidak ramai orang yang berjaya menguasai ilmu Pelaburan Hartanah ini dengan baik dan sempurna.

Sedangkan, dengan memiliki ilmu tentang Pelaburan Hartanah, impian untuk mencapai status Kebebasan Kewangan dapat dicapai.

Jika anda berminat dan merancang untuk mencapai status Kebebasan Kewangan, apakah yang anda akan lakukan?

0 comments :