3 Jenis Rumah Untuk Pelaburan Hartanah

Dalam Pelaburan Hartanah, antara perkara asas yang perlu anda tahu adalah, apakah jenis rumah yang sesuai untuk dibeli. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis rumah yang boleh dibeli dan dijadikan sebagai aset pelaburan.

Perbezaan jenis-jenis rumah ini perlu diketahui agar anda dapat menggunakan strategi Pelaburan Hartanah yang betul untuk menjana keuntungan.

1) Rumah teres 

Rumah teres adalah rumah yang dibina di atas tanah dan kebiasaannya dibina dalam satu komuniti kejiranan. Rumah teres bertanah adalah rumah yang popular dan digemari ramai orang untuk dijadikan sebagai kediaman. Dari segi Pelaburan Hartanah, rumah teres amat sesuai dijadikan sebagai Homestay. Selain itu, harga rumah teres meningkat dengan stabil dari semasa ke semasa menyebabkan ianya sesuai  jika strategi Pelaburan Hartanah Flip digunakan.

2) Flat 

Flat adalah rumah bertingkat dan kebiasaannya ia dipanggil flat kos rendah atau flat kos sederhana rendah. Kebiasaannya juga, harga sebuah unit flat adalah lebih murah berbanding harga sebuah rumah teres. Tetapi sebenarnya, potensi flat ini adalah lebih menguntungkan jika dijadikan rumah sewa kerana permintaan terhadapnya sentiasa ada.

3) Apartmen / Kondominium

Apartmen atau kondomium adalah sama seperti flat bertingkat, cuma ianya adalah lebih mewah, mempunyai sistem sekuriti yang lebih komprehensif dan selesa. Harga apartmen atau kondominium ini dikira lebih mahal apatah lagi jika dibeli daripada pemaju berbanding jika membeli daripada tuan rumah (subsale). Dari segi Pelaburan Hartanah, risiko melabur untuk apartmen atau kondominium adalah lebih tinggi kerana kos pembeliannya adalah tinggi. Sangat sesuai dijadikan aset pelaburan jika lokasinya sangat panas seperti berdekatan dengan pusat pengajian tinggi atau kawasan perindustrian.


Demikian 3 jenis rumah yang anda perlu tahu untuk bermula dalam bidang Pelaburan Hartanah. Setiap rumah mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan oleh itu, menggunakan strategi yang betul ketika membuat perancangan membelinya adalah amat penting agar ianya dapat menghasilkan keuntungan yang diimpikan.

Sekian perkongsian kali ini. 

Sila masukkan soalan anda berkenaan topik ini di ruangan komen.

Terima kasih. =)

0 comments :

Selamat datang!

Selamat datang ke RumahJohorBahru.com!

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mencari informasi hebat berkenaan pasaran hartanah di Johor Bahru.

Di ruangan blog ini, kami akan menyediakan banyak tips kepada penjual rumah, pembeli rumah, penyewa rumah dan juga kepada anda yang ingin mencari rumah sewa di Johor Bahru.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memasuki pasaran hartanah Johor Bahru dengan pantas dan mudah.

Jika ada sebarang persoalan tentang hartanah atau rumah sewa di Johor Bahru, sila masukkan soalan-soalan anda di ruangan komen.

Terima kasih! =)

0 comments :