Bagaimana Mendapatkan Informasi Berkenaan Hartanah Lelong?
Hartanah lelong adalah salah satu cabang dalam industri Pelaburan hartanah. Antara kelebihan menceburi bidang hartanah lelong ini adalah, anda berpeluang untuk membeli sesuatu hartanah di bawah harga pasaran!
Contohnya, jika sebuah rumah berharga RM200k, melalui lelong, anda boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM150k. Bermakna dengan membeli rumah lelong sahaja, anda telah untung RM50k di atas kertas!
Banyak persepsi negatif yang dilontarkan berkenaan rumah lelong, hakikatnya, jika anda tahu bagaimana untuk mendapatkan rumah lelong yang baik, jumlah penjimatan yang anda akan nikmati adalah amat besar.
Tapi, pasti anda tertanya-tanya, bagaimana caranya untuk mendapatkan senarai rumah yang hendak dilelong?
Antara sumber yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan senarai rumah lelong adalah:
- Surat khabar. Buka halaman pengiklanan di akhbar The Star, anda akan dapati terdapat ruangan yang memaparkan pengishtiharan rumah lelong. Di situ terdapat semua informasi yang anda perlukan untuk membida rumah lelong tersebut.
- Syarikat pelelong. Dapatkan terus senarai rumah yang hendak dilelong melalui syarikat-syarikat pelelong berdekatan dengan kawasan anda. Kebiasaannya sesi lelongan dilakukan sekali sebulan.
- Melalui Internet. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa laman web yang mengumpulkan senarai rumah-rumah yang hendak dilelong dalam satu database. Antaranya adalah AuctionData.com.my dan AuctionCable.com. Senarai rumah lelong ini sentiasa di kemaskini dan tepat. Kebiasaannya, senarai rumah lelong di lawan web ini boleh di akses setelah membeli akaun berbayar mereka. Kosnya kebiasaannya RM250-365 setahun.
Jika anda serius untuk mendapatkan lokasi hartanah dan harga yang sesuai dengan bajet anda, melanggan database di laman web seperti AuctionData.com.my atau AuctionCable.com adalah amat berbaloi.
Namun, jika harganya satu masalah, di sini, RumahJohorBahru.com ingin mengambil inisiatif untuk mengumpulkan anda-anda yang berminat untuk melanggan akaun laman web tersebut dan berkongsikan harganya bersama-sama.
Contohnya, jika ada 5 orang berminat untuk mendapatkan akses setahun akaun berharga RM250, seorang akan cuma perlu bayar RM50 sahaja kepada admin RumahJohorBahru.com dan 5 orang tersebut akan mendapat maklumat untuk akses ke akaun tersebut.
Sila hubungi admin di [email protected] sebelum 30 Oktober 2013 untuk keterangan lanjut jika anda serius berminat.
Terima kasih. =)

0 comments :
Post a Comment