Bagaimana Keluarkan Duit KWSP Untuk Beli Rumah?

Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 KWSP anda untuk tujuan membeli rumah.

Pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP ini adalah amat mudah dan anda hanya perlu membawa beberapa dokumen ke kaunter KWSP berdekatan.

Dokumen yang diperlukan adalah:
  • Surat perjanjian jual beli rumah
  • Surat kelulusan pinjaman bank
  • Kad pengenalan dan juga salinannya
  • Buku akaun bank atau slip pengesahan akaun bank simpanan anda
  • Borang 9C

Borang 9C boleh didapati melalui online di laman web KWSP. Namun anda juga boleh mendapatkannya di kaunter KWSP secara percuma.

Apabila semuanya sudah lengkap, pihak KWSP akan memproses permohonan anda dan dijangka dalam tempoh 15 hari, duit akan ditransfer masuk ke dalam akaun bank simpanan anda untuk membolehkan anda menggunakannya untuk tujuan pembelian rumah tersebut.

Untuk pengeluaran wang dari akaun 2 KWSP bagi tujuan pembelian rumah, anda hanya boleh mengeluarkan sejumlah 20% daripada jumlah harga rumah yang ingin dibeli. 

Bermakna, jika rumah yang anda hendak beli berharga RM200k, anda cuma boleh mengeluarkan maksimum 20% daripada RM200k, tidak lebih daripada itu.

Tiada masalah untuk membeli rumah pertama menggunakan wang daripada KWSP. Tapi untuk pengetahuan anda, anda tidak boleh membeli rumah kedua dan seterusnya jika anda membeli rumah pertama menggunakan duit KWSP.

Jika anda ingin membeli rumah kedua, anda perlu menjual atau menukar nama rumah pertama yang anda beli tersebut, kemudian barulah anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 KWSP tersebut.

Bermaksud, dengan kata lain, anda hanya boleh mengeluarkan wang daripada akaun 2 KWSP untuk satu rumah saja untuk satu-satu masa.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat KWSP melalui no ini 0389226000. InsyaAllah sebarang persoalan anda akan dijawab dengan baik.

Selamat berjaya! 



0 comments :