Rumah Anda Bukan Satu Aset


Bermula tahun 2010, kesedaran untuk membeli rumah di kalangan golongan muda meningkat dengan mendadak. 

Salah satu sebabnya adalah faktor kata masyarakat sekeliling.

Sesiapa yang tidak membeli dan memiliki rumah, dianggap sebagai seorang loser.

Lantaran tidak mahu dianggap sebagai seorang yang kalah dalam hidup, golongan muda berlumba-lumba membeli rumah yang mahal dan besar.

Jika pihak bank memberi kelayakan untuk membuat pinjaman rumah, mereka akan ambil dan beli rumah idaman mereka yang cantik.

Ia ibarat satu kepuasan.

Kepuasan yang sampai masanya membuatkan dahi mereka berkerut sepanjang masa, setiap bulan, bertahun-tahun lamanya.

Apabila berbicara, mereka akan berkata, pembelian rumah itu walaupun sukar dan agak membebankan, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi.

Rumah yang dibeli itu adalah satu aset yang paling berharga untuk masa hadapan.

Itulah yang berada dalam minda majoriti golongan muda yang membeli rumah.

Hakikatnya, minda mereka berada dalam situasi informasi yang salah.

Rumah yang mereka beli itu bukanlah sebuah aset, tapi liabiliti.

0 comments :