Rumah Kos Rendah & Mampu Milik Di Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada masa kini, semua orang sibuk mengatakan yang harga rumah terlalu mahal sehingga sukar untuk dibeli.

Rata-rata rumah yang dijual oleh pihak pemaju berharga minimum RM300k dan ke atas membuatkan ramai yang tidak dapat membelinya.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa, Kerajaan Johor dan Johor Corporation (Johor Corp) mempunyai insiatif yang amat baik dalam membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya bumiputera untuk memiliki rumah.

Johor Land Berhad yang merupakan anak syarikat Johor Corp adalah salah satu pemaju perumahan yang menerajui pembangunan projek perumahan kediaman kos rendah dan mampu milik di negeri Johor.

Objektifnya adalah untuk menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik di kawasan bandar dan dalam masa yang sama meningkatkan pemilikan bumiputera.

Banyak lokasi strategik yang dipilih untuk dijadikan tempat pembangunan Rumah Kos Rendah & Rumah Mampu milik di sekitar Johor Bahru seperti di Taman Seroja, Tampoi, Bandar Dato' Onn, Larkin Central Park, Bandar Tiram dan Bandar Baru Majidee.

Harga yang ditawarkan pula amat murah sekitar RM50k-RM150k sahaja. Paling mahal pun mungkin adalah RM200k untuk kedai kos sederhana.

Sehingga Julai 2013, jumlah kos rendah dan kos sederhana rendah yang telah dibina oleh Johor Corp melalui Johor Land Berhad di sekitar Johor Bahru adalah berjumlah 11,162 unit.

Ini adalah peluang yang perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk memiliki rumah.

Kami di Rumah Johor Bahru, komited untuk menyalurkan informasi-informasi yang dapat membantu rakyat Johor untuk memiliki rumah atau pun menyewa rumah.

Dalam artikel seterusnya, kami akan berkongsikan dengan anda proses permohonan Rumah Kos Rendah dan Mampu Milik di negeri Johor serta syarat-syaratnya.

Klik link ini: http://www.rumahjohorbahru.com/2013/10/syarat-syarat-permohonan-rumah-kos_30.html

0 comments :